"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya", "Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu", Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu".

Friday, February 24, 2012

Doa Mohon Kekal Hidayah



Robbana la tu ziq qulu bana bak da iz hadai tana wahab lana mil ladunka rahmah. Innaka antal wahhab.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.





Tuesday, February 7, 2012

Doa Berkesan Untuk Mudah Bangun Tahajjud



Baru-baru ni saya ada dengar 1 ceramah di Radio IKIM. Penceramahnya ialah seorang Syeikh dari Negara Arab. Maaf, saya tak berapa ingat dia punya nama.

Dalam ceramah tu, Syeikh Arab tu ada berkongsi 1 amalan yang jika diamalkan akan memudahkan kita untuk bangun malam untuk bertahajjud.

Saya kongsikan dengan anda amalan tersebut.

Caranya ialah :

Baca surah al-Qadr (Innaa anzalnaa hufii lailatil qadr…). Baca surah ini hingga habis. Dan pada ayat yang terakhir, diulang sebanyak 7 kali. Semasa ulang baca ayat terakhir tu, kena niat dalam hati, pukul berapa anda nak bangun.

Amalkan baca seperti diatas sebelum anda tidur. InsyaAllah, PASTI BERKESAN. Cubalah…


Sumber: pakarhowto


Wednesday, November 30, 2011

Paceri Terung


Biasanya kalau beli terung, takde lain asik2 masak berlada. Kali ini nak cuba pulak masak paceri.Resepi ini telah diubah suai ikut citarasa sendiri. Hmm...memang sedap ...lain kali boeh buat lagilah mcm ni.



Saturday, November 26, 2011

Jangan bangga, Jangan Berlagak

By: pakarhowto

Buat muhasabah diri yang kadang2 terlupa akan nik'mat dunia.

1. Jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jangan bangga dengan rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jangan bangga dengan baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jangan bangga dengan kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jangan bangga dengan minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS

Sumber: Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) Hazrul Syazwan

Asam Pedas Tetelan



Lama betul tak post pasal masak memasak ni.Oleh kerana anak dara dah mula minat nak memasak, jadi ni catatan untukmu. Cuba jgn tak cuba tau :)
Hmm... dah selalu masak asampedas ikan, kali ini nak cuba tetelan pulak. Maklum balas dari suami dan anak2 nampaknya dorang suka. Resepi ni diubah suai mengikut bahan2 yang ada kat dapur tu. Kirakan idea last minute...tiba2 jer teringin nak masak lauk ni.

Bahan2nya saperti biasalah kita masak asam pedas:

Daging tetelan direbus dahulu sahingga empuk. Satelah empuk potong kecil2 supaya senang nak makan nanti.

Bahan2 kisar:
30btg lada kering dibuang bijinya dan direbus sabentar.
1 biji bawang yang besar
7 biji bawang putih
sedikit halia
1sudu kecil ketumbar biji
1/2 sudu kecil jintan halus dan kasar
sedikit belacan


Bahan2 tumis
1 biji bawang yang sederhana besarnya
1sudu kecil halba (tak gunakan pasal dah habis)
1 btg serai dititek
1 bunga lawang


Kali ni pakai daun kunyit...tapi kalau nak pakai daun2 yang lain pun sukahati ikut citarasa masing2.

Sadikit lengkuas dititek
Sacukup air asam jawa...pakai asam keping pon ok jugak.
Garam dan serbuk perasa jika suka.


Peraturanya:

Tumis bawang yang telah dihiris bersama serai dan halba jika ada. Satelah wangi masukkan bahan2 kisar, lengkuas dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging dan 1 mangkuk air rebusan tetelan tadi. Satelah mendidih masukkan air asam jawa dan daun kunyit. Kepekatan lauknya terpulang ikut citarasa.Akhir sekali masukkan garam, perasa secukupnya.

Dah pun siap...selamat mencuba :)

Wednesday, November 23, 2011

Berpesan2

Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian

Kecuali orang-orang yang beriman dan ber'amal solih dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran(HAQ) serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Surah al-'Ashr(103) : 1~3.

Sodaqallaahul 'azhiim.
Benarlah firman Allah yang Maha Agung.




25 Pesanan Luqmanul Hakim


1. Hai anakku; ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

2. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

3. Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

4. Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

5. Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

7. Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

8. Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

9. Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11. Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14. Makanlah makananmu bersama sama dengan orang - orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15. Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16. Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18. Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ (riak) yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20. Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21. Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22. Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23. Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24. Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25. Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Friday, November 11, 2011

Dimana letaknya hatiku dan hatimu?

11/11/11

“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat… Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya… berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru”